Thursday, November 11, 2010

Aidiladha 2010

Salam Aidiladha..
Saya tak dapat daging korban..
Saya tak buat korban..
mungkin tahun depan.

Tahun nie buat kali kedua berturut-turut tak dapat menyambut Aidiladha di kampung saya..

Tahun lepas, aidiladha disambut di tanah Amerika Selatan..Jadinya memang tak merasa langsung nasi impit, rendang, lodeh, etc etc..

Tahun nie disebabkan Aidiladha adalah ditengah minggu dan cuti pun dah tinggal berbaki 2 hari.. tak boleh nak ambil cuti..makanya sembutlah Aidiladha di Tanah Kuala Lumpur ini..

Yang tak bestnya..Aidiladha kali ini diserang demam, sakit tekak dan selsema pula..Allah menguji hambanya...

Alhamdulillah hari ni dah masuk office semula..tinggal selsema sikit2 jer..

Hari ni ader rezeki lain pula..Victoria secret midnight pure seduction body mist yang dipesan dengan mamakembar3 dah sampai..best2.. but still lom boleh bau lagi..hidung tersumbat hehehe. and hari nie..colleague nak belanja lunch bersama-sama officemate lain..
Rezeki jumaat kan :)

Wednesday, November 10, 2010

Rezeki

Rezeki Allah itu maha luas sahabat..
Rezeki Allah itu bukan hanya dikira dari segi berapa keping duit yang ada dalam wallet kite, berapa banyak simpanan dalam tabungan kita, berapa banyak boleh kita belanjakan..bukan itu sahaja..
Kesihatan yang sempurna adalah rezeki Allah, kemampuan bersolat, berjalan, berlari, adalah rezeki Allah, kemampuan menikmati makanan adalah rezeki Allah dan banyak lagi..Perlu difahami akan konsep rezeki ini dan perlu dihayati akan nikmatnya dalam hidup kita.

Kalau ada terasa bahawa hidup ini masih tidak berkecukupan..bayangkan kanak-kanak ini. cukup sebak bila saya memandang mereka, berhadapan dengan mereka dan melihat akan kedhaifan mereka. betapa kita..hidup didalam nikmatNya..

Bersyukurlah

source : mr google