Rezeki Allah itu maha luas sahabat..
Rezeki Allah itu bukan hanya dikira dari segi berapa keping duit yang ada dalam wallet kite, berapa banyak simpanan dalam tabungan kita, berapa banyak boleh kita belanjakan..bukan itu sahaja..
Kesihatan yang sempurna adalah rezeki Allah, kemampuan bersolat, berjalan, berlari, adalah rezeki Allah, kemampuan menikmati makanan adalah rezeki Allah dan banyak lagi..Perlu difahami akan konsep rezeki ini dan perlu dihayati akan nikmatnya dalam hidup kita.
Kalau ada terasa bahawa hidup ini masih tidak berkecukupan..bayangkan kanak-kanak ini. cukup sebak bila saya memandang mereka, berhadapan dengan mereka dan melihat akan kedhaifan mereka. betapa kita..hidup didalam nikmatNya..
Bersyukurlah
source : mr google
No comments:
Post a Comment