Wednesday, November 2, 2011

Baby berumur 6 bulan terjatuh

Tarikh : 2 November 2011

Masa : 4.00 am

Lokasi : Bilik Utility (tingkat bawah)

Laporan: Bayi berumur 6 bulan 9 hari bernama meor rizq irham bin meor nazrin shah telah terjatuh dari katil berketingian 2 kaki ketika mommy, ayah dan abangnya sedang berdengkuran tidur. Rizq direkodkan telah mula belajar bergolek-golek pada 9 Oktober 2011 dan semakin aktif bergolek akhir - akhir ini. Rizq didapati telah menangis dengan kuat akibat terjatuh tetapi syukur Alahamdulillah rizq tidak dilaporkan muntah dan kembali aktif bermain dan bergolek seperti biasa. Panik melanda mommy dan ayahnya kerana rizq masih terlalu kecil berbanding abang Izz yang telah terjatuh katil pada usia 8 bulan. berkemungkinan rizq akan lebih aktif dan lebih kecoh bercoceh lagi selepas ini. Nantikan aksi Rizq.

Pesanan buat parents:
1. Sekiranya bayi terjatuh, tenangkan bayi dahulu, kemudian berikan air samada air susu ibu, air masak ataupun air susu formula. Susu ibu adalah terbaik kerana posisi bayi akan berada dalam pelukan ibu dan bayi akan berasa lebih tenang selepas terjatuh.
2. Perhatikan tindakbalas bayi..sekiranya bayi muntah, perlu perhatikan bagaimana cara bayi muntah. Samada bayi muntah meleleh ataupun muntah yang terpancul jauh..(soalan ini akan ditanya oleh doktor berdasarkan pengalaman saya lah..)
3. Sekiranya bayi muntah terpacul, perlu segera bawa bayi berjumpa doktor pakar kanak kanak. Doktor akan observe kelakuan, anak mata, dan response bayi.
4. Elakkan tidurkan bayi semula immediately selepas jatuh.
5. Elakkan letak bayi didalam buai kerana buaian boleh memberi kesan kepada gegaran sekiranya ada.
6. Parents perlu kawal panik anda kerana sekiranya parents panik, bayi akan turut berasa lebih tidak selesa.

Precaution:

Apabila bayi mula pandai bergolek, jangan letak bayi ditempat tinggi tanpa halangan. Baby Cot adalah contoh tempat tidur yang bagus tetapi bagi bayi yang breastfeeding, ibu akan selesa untuk tidur bersama bayi. jadi, dinasihatkan untuk tidur di bawah. Sesetengah ibu suka meletak bantal untuk menghalang (macam saya) tetapi ingat bantal tersebut langsung tak dapat menjaga bayi tersebut. sekali tendang bantal pun jatuh juga ke bawah kan..(peringatan untuk saya juga)

Sedikit sebanyak pengalaman menjaga 2 orang anak lelaki bijak dan aktif setakat ini. Kemalangan berlaku memang tidak dirancang tetapi ingat kemalangan boleh dielak sekiranya semua langkah keselamatan kita patuhi, kita ikuti dan kita laksanakan.(pesanan untuk saya juga)

Tanggungjawab kita sebagai parents untuk menjaga anak kita. kalau tidak, siapa lagi kan? :D

tengoklah bayi yang baru terjatuh di bawah. Alhamdulillah Rizq kekal aktif dan nampak ok. Namun mommy tetap call taska untuk observe rizq behavior sepanjang 24 jam ni.






Tuesday, November 1, 2011

Masa dan Alasan

sumber:google

Baru sekejap saya terbaca blog tulisan mommy lynn mengenai masa..menghargai masa dan betapa kita manusia selalu lalai membahagikan masa...terus saya sambung menulis blog ini..terus saya curi masa untuk update.Kalau anda ada masa, bacalah tulisan mommy lynn ni ye.. "Bagaimana Membahagi Masa Bagi Ibu Yang Sibuk"

DUSH!!..Terpukul..memang terpukul bila membaca kata kata mommy lynn ni. Terasa kecik sangat diri ini sebab terlalu banyak alasan yang dah saya cipta. Itu tak boleh..ini tak boleh..sebab tak ada masa..yang sebenarnya saya cuma mencipta alasan.

Orang lain saya kira memang lebih hebat dari saya. bekerja, berniaga, berblog,memasak, housechores... hebat kan.

Harap - harap saya tak akan jadi lagi orang yang beralasankan masa tak ada. Akan saya hentikan :D