edah sedang melalui saat saat yang meletihkan didalam alam pekerjaan.
edah sedang melalui saat mengantuk tahap gaban di kubikel kecilnya.
edah keletihan kerana diberikan tugasan untuk mengalih bahasa Portuguese ke Bahasa Inggeris dengan bantuan google translator dan kerja ini baru dapat dibereskan selepas 5 hari!! erk lembap kamu edah..shhhh bukan lembaplah, teliti dalam menjalankan tugas untuk kualiti. hehehe
ye sekiranya tak faham dengan cerita di atas, edah baru sahaja melepasi cabaran pertama apabila tender for ****rail project at ***aus officially out last Thurday dan documen itu telak ditulis dalam bahasa portugis. Tidak dapat difahami, tidak dapat dibaca. Cuma dapat dibelek dan dicongak2 apakah maksud yang cuba disampaikan. kerana itu, kerja translate dimulakan. hahaha. okey lupakan portuguese translation, mari belajar bahasa portuguese
one (um)
two (dois)
three (trez)
two (dois)
three (trez)
four (***tak ingat)
five (vindo)
Authority (Orgao)
okey cukup! disambung pada entry lain pula. wahaha
tapikan, sebenarnya keletihan ini membuatkan edah merasakan bahawa, tiada yang mudah dalam dunia ini. semua yang kita kehendaki mestilah kita berusaha untuk mencapainya dengan serius.
contohnya apabila telah berjanji dengan anak yang bakal berusia 2 tahun untuk pergi melawat ikan di aquaria pada birthdaynya dan tidak dapat dilaksanakn atas sebab tak dapat dielakkan.
dan apabila anak itu walaupun baru sahaja mencapai usia 2 tahun sudah mula mengungkit , happy birthday..tengok fish (Dush..satu tumbukan di muka edah kerana tidak menunaikan janji pada anak itu dan dush..dush.. tumbukan itu berulang lagi). jadi untuk mengelakkan kejadian berulang, mummy dan ayah telah membawa anak ke aquaria pada 8 feb.
dan anak itu sungguh gembira...
dan ibubapa juga sungguh relieve kerana janji tertunai..
dan anak dan ibu membongkang kerana keletihan selepas parti harijadi di sekolah dan aquaria all in a day.
dan sangat gembira!!!
izz sedang kusyuk yer
izz minta kawan2 nyanyi happy b'day song instead of Allah selamatkan Kamu
Penat berjalan dengan izz nie.tahan tak tido seharian..
ReplyDeleteerr