Orang kata, anak mami ber hidung tinggi. adakah sebab hidung mereka agak mancung dan terletak tinggi di tengah muka berbanding hidung orang melayu yang hidung yang seperti pelepah kelapa..(tapi kenapa mat salleh tu kite tak panggil hidung tinggi ek) ataukah kerana sebab lain..saya tak tau.. Okey, prolog yang tiada kaitan ye.
I have 10,000 emails as a prove. I can give you all the emails. When do you want it? I will give you everything.
Wow..mendengar statement ini, saya benar benar malu.(Malulah kalau satu floor dengar orang ni cakap dengan kuatny) bukan kerana saya yang menuturkannya, tapi kerana saya bekerja dibawah orang yang menuturkannya dan kata kata ini dituturkan kepada juruaudit dalaman yang melakukan kerja-kerja audit untuk syakirat saya bekerja sebelum kami diaudit oleh juruaudit luaran.
kebelakangan ini saya memang tak senang duduk.tak sedap hati kerana semua orang keseliling saya kurang senang dengan ketua saya disebabkan beliau agak tinggi hidungnya. tak sedap hati kerana saya berada dikalangan mereka dan saya juga terpaksa mendengar arahan ketua saya.
Jadi, apa yang saya boleh buat? paling kuat saya katakan kepada diri sendiri, dont get involve with all these politics. Dont talk about this and dont bother about others.As long as you do your job, complete your task, finish you goal, you're done. Ambil yang jernih dan buang yang keruh.Takutnya saya andai saya yang dibenci oleh mereka-mereka itu.
Moga saya dijauhkan dari sifat berhidung tinggi..
Moga saya dijauhkan dari sifat memburukkan orang lain..
Moga saya mampu membezakan yang baik dan buruk..
Moga saya mampu melakukan yang terbaik untuk diri saya dan juga keluarga..
Amin...
Okey..cukup cukup cerita pasal perkara negatif..mesti lebih positif hari2 dan saya mau hidangkan ini untuk penutupan..
anak kesayangan mummy
No comments:
Post a Comment