Showing posts with label Mind Development Izz. Show all posts
Showing posts with label Mind Development Izz. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Bersyukur dan senarai kesyukuran Edah..

Motivated by the blog written by Hanis Zalikha on the Senarai Kesyukuran Hanis Zalikha, saya juga mahu mempunyai senarai kesyukuran saya sendiri. Jadi ini akan membuatkan saya rasa lebih positif dalam mengharungi kehidupan saya dengan lebih baik setiap hari.

1. Saya bersyukur mempunyai anak yang bijak, cerdas, active bukan hyperactive dan hebat kerana jarang sekali menangis ditengah2 malam tanpa sebab.

2. Saya bersyukur kerana walaupun saya tak masak, suami saya tak penah marah.

3. Saya bersyukur walaupun saya masak tak sedap, suami saya tetap makan tanpa komen.tapi saya tau tak sedap sebab dia tak tambah. Kalau saya masak sedap, dia akan tambah walaupun dia on diet.

4. Saya bersyukur kerana walaupun saya tak senonoh (emo, garang macam hantu, sengal) husband saya tak marah2 saya dan selalu cakap dengan saya dengan agak marah tapi tak menjerit.

5. Saya bersyukur kerana walaupun husband saya suka main facebook sampaikan balik ofis terus bukak laptop utk check facebook dan leka dengan facebook, dia tetap tolong sidaikan kain saya bile saya mintak.

6. Saya bersyukur walaupun saya selalu kate dia tak tolong saya buat kerja rumah, sebenarnye dia tolong tengokkan izz yang hebat kerana izz suka memanjat dan ini sangat bahaya.

7. Saya bersyukur kerana anak saya sentiasa mintak saya buat semua untuk dia, mandi, pakai pampers, pakai baju, pilihkan mainan, buat susu, tunggu buai dan bermacam lagi kerana ini menunjukkan dia sangat sayangkan saya.

8. Saya bersyukur anak saya amat ambil berat terhadap saya. Saya jatuh sofa kerana terlalu sempit ‘share baring sofa dengan dia’, tergeliat leher bila over stretch, terjatuh sikit, sakit tangan or etc, dia akan menangis dan marahkan benda2 yang buat saya sakit contohnya kerusi dan pintu.

9. Saya bersyukur kerana saya masih ada kerja

10. Saya bersyukur walaupun tahun lepas saya takde increment, saya masih teruskan hidup sampai 2010.

11. Saya bersyukur kerana saya berjaya buat kithen cabinet dan wallpaper tanpa hutang

12. Saya bersyukur kerana rumah saya walaupun agak tak kemas dan perabut tak terkini, saya masih ada rumah sendiri.

13. Saya bersyukur suami membeli motor baru kerana ini benar2 menjimatkan masa keopis dan masa balik rumah untuk mengajar izz balik taska.

14. Saya bersyukur kerana ibubapa saya mendidik saya supaya jangan meminta-minta.

15. Saya bersyukur kerana saya masih ada ibubapa yang masih boleh saya balas jasanya.

16. Saya bersyukur asik beradik saya yang 7 tidak ada yang tidak cukup makan.

17. Saya bersyukur kami 7 beradik tidak bergaduh sesame sendiri

18. Saya bersyukur kami 7 beradik menghormati satu sama lain walaupunkalau dengar perbualan kami macam along mintak hutang.

19. Saya bersyukur kami sihat walafiat.

20. Saya bersyukur mak dan abah hantar ke sekolah berasrama masa form 1.kalau tak sure saya main je kat sekolah.

21. Saya bersyukur saya dapat belajar di sekolah asrama dan menganali kawan2 yang hebat dan best.

22. Saya bersyukur dapat masuk USM dan belajar civil engineering dan grad dengan 3 pointer keatas.

23. Saya bersyukur bertemu kawan-kawan USM saya yang best juge.

24. Saya bersyukur kerana saya mempunyai boss yang agak memahami dan dapat menerima alasan2 saya seandainya saya lewat dan tak dapat menghadirkan diri untuk bekerja.

25. Saya bersyukur kerana saya mendapat laptop yang membolehkan saya balik on time dan sambung kerja selepas izz masuk tido.

26. Saya bersyukur kerja pertama saya amat mencabar dan pengalaman ini akan membuatkan saya menghadapi apa jua rintangan di tempat lain masa akan datang.

27. Saya bersyukur walaupun saya duduk bangi, saya tetap sampai office dalam tempoh 1 jam walaupun office saya di damansara.

28. Saya bersyukur dulu saya bersusah2 interview ke company ini walaupun saya naik bas 2 kali seminggu dari JB-KL untuk interview.

29. Saya bersyukur saya diberi peluang masuk English class yang ditawarkan syarikat saya kerana saya memang bongok gile English mase belaja dulu.

30. Saya bersyukur mase saye mula bekerja ramai orang tolong saya. Special gratitude to Norhafizah Marzuki, Zanarita Mutalib, Siti Rozaini Zakaria dan Vikneswaran.

31. Saya bersyukur kerana saya masih enjoy dengan kerja saya dan belom lagi mencari-cari kerja lain.

32. Saya bersyukur saya ada lessen memandu yang bukan lesen terbang

33. Saya bersyukur kerana mempunyai pengalaman melanggar signboard ditengah jalan kerana reverse terlalu laju membuatkan saya lebih berhati2 kini apabila memandu kereta yang agak panjang.

34. Saya bersyukur rumah saya berhadapan dengan rumah macik husband saya..bile kami balik lambat sangat anak saya telahpun selamat dirumahnya.

35. Saya bersyukur kerana mempunyai husband yang mempunyai tabi’at Zen bermula apabila membaca blog zen habit http://zenhabits.net/ . Dalam process mengandung ke-dua ini..en suami sangatlah berbeza.

36. Saya bersyukur Izz dapat belajar dengan sempurna di dua sekolah. Smart Caliph enrichment centre dan Taska Permata Bunda. Izz’s development sangatlah memberansangkan.

37. Saya bersyukur Izz sangat sayang bakal adik dia..Hari-hari dia akan cakap, peluk, cium and sayang adik dalam perut. Saya tau dia sangat-sangat excited nak dapat adik.

38. Saya bersyukur join bisnes Premium Beautiful..Walaupun progress agak slow sekarang..saya akan capai target saya soon selepas bersalin.

39. Saya bersyukur saya masih mampu berjalan, memandu, berfikir dengan waras, dan menggunakan akal dengan sempurna pada minggu ke 36 mengandung.

40. Saya bersyukur Talisman Malaysia cover untuk pregnancy dan maternity check up.

41. Etc

42. Etc.

Tuesday, February 23, 2010

Siri Belajar Al-Quran Al-Furqan dan Cory Cat

Kebelakangan ini me bagaikan mendapat suntikan baru untuk mencari bahan-bahan tontonan seisi keluarga yang menjana minda dan menajamkan fikiran me,ayah dan izz. Begitu terpanggil apabila membaca blog darwishndarwisya.blogspot.com tulisan seorang ibu yang sungguh kuat berusaha untuk mencapai matlamat supaya anak-anaknya dapat menghafaz surah-surah pendek sebelum anaknya mencapai umur 3 tahun.
Wahh saya sangat kagum. Akan saya contohi segala tips yang diberikan dan teknik-teknik yang diajar oleh ibu darwish dan darwisya.

Jadi, pada Jumaat yang lalu, setelah membuat research di beberapa website dan blog - blog yang menjual Siri Al-Furqan, saya decide untuk pergi membeli set Al-Furqan di pejabat jualan ReadNetwork. Rupanya, agak sukar untuk mencari bahan berkualiti untuk perkembangan minda anak-anak ini. Read Network office located at Platinum Walk, Danau Kota, Setapak. Berbekalkan pengalaman ke Optown Danau Kota dan Consultant Office, journey to readnerwork was so easy. Alhamdulillah..Allah permudahkan perjalanan mencari perkara yang baik..

Tiba di Platinum Walk dalam masa 30 minit dari damansara, considered okey in sunny Friday afternoon. Tak ada parking problem and I park exactly in front of the office..How lucky I am and actually, that's the place i'm looking for and I didn't notice it :). Kedai di tingkat satu dan saya tak jumpa tangga to bring me upstair. Lucky ade student nursing college.

I met Kak Rozita of readnetwork and she showed me all the collections that they have such as;

a) Siri Cepat Membaca Al-Quran Al Furqan (RM24.90)


b) Set VCD dan buku mewarna Al-Furqan (RM12)



c) Read Easy Cory Cat (RM24.90)
d) Siri Cepat Membaca Abu ada ayam (not sure)
e) and lotssss more.

So, I bought the first three and started to plan how to start and blend the interest within izz. Immediately after sampai office, terus check the VCD and terus jatuh chenta.. hahahha.
Balik rumah sangat excited and dah mulakan dengan VCD lagu Al-Furqan. Mainkan sebanyak 3x. Lepas setengah jam, bukakan Cory Cat and mainkan sebanyak 3 kali juga. Sangat ketara dia sukakan Cory Cat sebab illustration Cory Cat adalah all the animals yang dia dah kenal and tengok secara live. So izz sangat interested with Cory Cat compared to Al-Furqan. And that's why, me pasang Al-Furqan lagi banyak kali dari Cory Cat. :). Tapi izz still nak cory cat.. :(
Cory Cat C C C
Cory Cat C C C

Oleh itu, ibu - ibu, bapak-bapak , saya cadangkan anda belilah set Al-Furqan dan read easy cory cat atau abu ada ayam untuk anak anda. tak kisah berapa umurnya. sangat berbaloi untuk perkembangan minda anak - anak kecil yang mempunyai otak seperti sponge(quote from grolier).

magic english magic english ...wahh lagu magic english pula menerjah minda saya sekarang..