Showing posts with label cerita mummy. Show all posts
Showing posts with label cerita mummy. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Belum cuba belum tahu

cabaran dan rintangan,jika tak pernah kita cuba untuk hadapinya,pasti kita tak tahu mampukah kita untuk menghadapinya bukan?

perkara yang tidak pernah dilakukan,jika langsung tidak cuba kita fikir untuk lakukan,pasti akan kekal misteri selagi tidak kita cuba try test bukan?

begitulah dengan kerja saya sekarang.tidak pernah terlintas difikiran saya akan bekerja dalam bidang pengeluaran,jadi pekerja kilang (hee dont get me wrong,i dont see kerja kilang badly),and buat electrical/software design???

tapi,begitulah aturan qada dan qadar Allah yang telah tertulis di luh mahfuz bahawa saya ditakdirkan disini,melakukan pekerjaan yang tidak pernah saya sangka akan lakukan,melakukan tugasan yang cukup mencabar minda saya.

saya ada dua pilihan samada untuk putus asa ataupun untuk sahut cabaran ini?jadi saya pilih untk terus mencuba tidak kira sekuat mana cabarannya,sehebat mana rintangannya..pasti ada seribu hikmah atas penghijrahan saya ini..InsyaaAllah

terima kasih Allah kerna rezki yang kau berikan kepadaku..kepada keluargaku..kepada ibubapaku..Amin.


Wednesday, November 2, 2011

Baby berumur 6 bulan terjatuh

Tarikh : 2 November 2011

Masa : 4.00 am

Lokasi : Bilik Utility (tingkat bawah)

Laporan: Bayi berumur 6 bulan 9 hari bernama meor rizq irham bin meor nazrin shah telah terjatuh dari katil berketingian 2 kaki ketika mommy, ayah dan abangnya sedang berdengkuran tidur. Rizq direkodkan telah mula belajar bergolek-golek pada 9 Oktober 2011 dan semakin aktif bergolek akhir - akhir ini. Rizq didapati telah menangis dengan kuat akibat terjatuh tetapi syukur Alahamdulillah rizq tidak dilaporkan muntah dan kembali aktif bermain dan bergolek seperti biasa. Panik melanda mommy dan ayahnya kerana rizq masih terlalu kecil berbanding abang Izz yang telah terjatuh katil pada usia 8 bulan. berkemungkinan rizq akan lebih aktif dan lebih kecoh bercoceh lagi selepas ini. Nantikan aksi Rizq.

Pesanan buat parents:
1. Sekiranya bayi terjatuh, tenangkan bayi dahulu, kemudian berikan air samada air susu ibu, air masak ataupun air susu formula. Susu ibu adalah terbaik kerana posisi bayi akan berada dalam pelukan ibu dan bayi akan berasa lebih tenang selepas terjatuh.
2. Perhatikan tindakbalas bayi..sekiranya bayi muntah, perlu perhatikan bagaimana cara bayi muntah. Samada bayi muntah meleleh ataupun muntah yang terpancul jauh..(soalan ini akan ditanya oleh doktor berdasarkan pengalaman saya lah..)
3. Sekiranya bayi muntah terpacul, perlu segera bawa bayi berjumpa doktor pakar kanak kanak. Doktor akan observe kelakuan, anak mata, dan response bayi.
4. Elakkan tidurkan bayi semula immediately selepas jatuh.
5. Elakkan letak bayi didalam buai kerana buaian boleh memberi kesan kepada gegaran sekiranya ada.
6. Parents perlu kawal panik anda kerana sekiranya parents panik, bayi akan turut berasa lebih tidak selesa.

Precaution:

Apabila bayi mula pandai bergolek, jangan letak bayi ditempat tinggi tanpa halangan. Baby Cot adalah contoh tempat tidur yang bagus tetapi bagi bayi yang breastfeeding, ibu akan selesa untuk tidur bersama bayi. jadi, dinasihatkan untuk tidur di bawah. Sesetengah ibu suka meletak bantal untuk menghalang (macam saya) tetapi ingat bantal tersebut langsung tak dapat menjaga bayi tersebut. sekali tendang bantal pun jatuh juga ke bawah kan..(peringatan untuk saya juga)

Sedikit sebanyak pengalaman menjaga 2 orang anak lelaki bijak dan aktif setakat ini. Kemalangan berlaku memang tidak dirancang tetapi ingat kemalangan boleh dielak sekiranya semua langkah keselamatan kita patuhi, kita ikuti dan kita laksanakan.(pesanan untuk saya juga)

Tanggungjawab kita sebagai parents untuk menjaga anak kita. kalau tidak, siapa lagi kan? :D

tengoklah bayi yang baru terjatuh di bawah. Alhamdulillah Rizq kekal aktif dan nampak ok. Namun mommy tetap call taska untuk observe rizq behavior sepanjang 24 jam ni.






Tuesday, November 1, 2011

Masa dan Alasan

sumber:google

Baru sekejap saya terbaca blog tulisan mommy lynn mengenai masa..menghargai masa dan betapa kita manusia selalu lalai membahagikan masa...terus saya sambung menulis blog ini..terus saya curi masa untuk update.Kalau anda ada masa, bacalah tulisan mommy lynn ni ye.. "Bagaimana Membahagi Masa Bagi Ibu Yang Sibuk"

DUSH!!..Terpukul..memang terpukul bila membaca kata kata mommy lynn ni. Terasa kecik sangat diri ini sebab terlalu banyak alasan yang dah saya cipta. Itu tak boleh..ini tak boleh..sebab tak ada masa..yang sebenarnya saya cuma mencipta alasan.

Orang lain saya kira memang lebih hebat dari saya. bekerja, berniaga, berblog,memasak, housechores... hebat kan.

Harap - harap saya tak akan jadi lagi orang yang beralasankan masa tak ada. Akan saya hentikan :D



Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan Umat Islam Sekalian


As Salam..


Salam Ramadhan buat semua. Lama tak menulis..rasa kekok, janggal..tak tahu nak tulis ape..nak cerita yang mana dahulu..semuanya ada.


Yang pastinya me ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut ramadhan mubarak kepada yang singgah membaca. 


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumbya. 
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita memanfaatkan sepenuhnye.
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita mengumpul pahala sebanyaknya..


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..



photo source:google

p/s  yes..me have started writing again. It's been a  very quiet 3 months since my last entry. Alhamdulillah my newborn has now reach 3 months. He is healthy, smart, and very clever baby. Will update his delivery story soon..

Thursday, April 21, 2011

Delivery Checklist

As Salam..


Now reaching 38th weeks of pregnancy. Mummy now weight 75kg.Exactly 20kg gained compared to pre pregnancy. Hebat hebat..Mommy had weekly checkup last Saturday and next check up is tomorrow (oh ya from 1st checkup to 28th weeks, schedule to see dr is on monthly basis, 28th weeks - 36 weeks appointment is fortnightly basis and  after 36th weeks, appointment is on weekly basis). So far based on Dr Khamsiah's finding baby is in great condition. Weight about 2.8kg, enough amnion fluid and placenta is located on top which means should be no problem for normal delivery. InsyaAllah.. and Alhamdulillah..


Now mommy want to share on the checklist.
1. Baby's Toilettries / Clothes / Barut / Bedung - all checked (it's all in the green container and purple basket)



Baby's clothes pre-washed. Owh by the way some of the baju was izz's.


2. Handmade baby's quilt and bedsheet - all done and pre-washed. We use izz's playpen. no need to buy the new one. but problem with this playpen, it does not have one more layer to put the bed. But no issue, this one we put 2 layers of comforter.





3. Baby bouncer. We bought during my dear warehouse sale for rm 150. Normal price rm 229.90..



4. Baby's nursing pillow. Bought this for rm55. But it is already used by Izz. He is willing to share with adik baby..




5. Breastfeeding set - MEDELA pump in advance/storage bottle/nursing cover. all checked!


6. Mummy's post natal set - Premium Beautiful, Bengkung, Set Bersalin NR - all checked!





Last but not least..mummy's latest look.. Gained 20kg. Muka bulat..
Muka debab

Kaki bengkak

Perut gumukss

All the best to me.. Now dah start MC coz tak larat nak berjalan dah..too tired already.. 

To you..doakan mummy selamat ye.. Tak sabar nak story pasal baby and pantang after this.

Thursday, April 14, 2011

Swing Mood

Align CenterGrr.. a bit emo this morning. Woke up at 5.30am and everything went well until I reach mr hubby office.

It shown 7.30am and am already at Jalan Duta. Thinking of what to eat and I decided to go to McD drive through to get my pancakes. In my mind Mutiara Damansara will be the nearest Mc D.Drove there with confidence and excitement to get my pancakes but I seen no more McD beside IKEA..

Grr..called my colleague and she said there's no more McD except at Curve. Ok fine I dont know how to get there and she also not sure if there serve breakfast. Ok fine..no pancakes for me today.

continue driving to office but hardly see any stall selling bfast around bandar utama. geramnyeeeee. OMG sangat lapa ok.

Sampai office and contacted everyone..but no luck..so damn sedih..Last attemp ask Naza. expected Naza will reach office slightly late but oklah..just asking..and she's already in lrt. lagi 30 minit to get my b'fast. Nasi lemak sambal paru..

Tetiba siti tegur and ajak breakfast..now..going to see her.

seriously memang moody giller sebab cari food tak dapat.especially bila lapar... Memang dlm k'daan masuk 38th week akan moody beginikah??

Nasib baik mlm td I got my tutti frutti. :D

Tuesday, April 12, 2011

What preggy mummy craving for.

Last pregnancy..tak sempat nak ambil tau pun what am I craving for. As far as I remember I want Mc Donalds curly fries and Cameron Highland Strawberry. We did went to Cameron Highland for the strawberries and I did ate the curly fries. But maybe the amount that I ate for the curly fries is not enough, Still, izz meleleh air liuq sampai umur 2 tahun setengah.


So this time around, this is what am I craving for.


1. DURIANSSS.
Haruslah memakan ini. Incik meor belikan sebiji jer..sebab bukan musimnye amek kau sebiji RM22.





2. Mc Donalds weekday breakfast hotcakes.. memang feveret time pregnant nie.. 



3. MACARONS.. 
Haruslah makan dengan sesungguhnye okey. Sebiji kecil sebesar wang 50sen ini berharga RM3.50. 11 pcs berharga RM 35. Thanks to en Meor. Thanks for satisfying my craving.. i luv you..

3 untuk ayah..2 untuk izz..selebihnye untuk mummy. hahahhaha




4. Teringinkan Frutti Tutti..malam ni atau malam esok mesti kena cari.

Tuesday, April 5, 2011

Bersyukur dan senarai kesyukuran Edah..

Motivated by the blog written by Hanis Zalikha on the Senarai Kesyukuran Hanis Zalikha, saya juga mahu mempunyai senarai kesyukuran saya sendiri. Jadi ini akan membuatkan saya rasa lebih positif dalam mengharungi kehidupan saya dengan lebih baik setiap hari.

1. Saya bersyukur mempunyai anak yang bijak, cerdas, active bukan hyperactive dan hebat kerana jarang sekali menangis ditengah2 malam tanpa sebab.

2. Saya bersyukur kerana walaupun saya tak masak, suami saya tak penah marah.

3. Saya bersyukur walaupun saya masak tak sedap, suami saya tetap makan tanpa komen.tapi saya tau tak sedap sebab dia tak tambah. Kalau saya masak sedap, dia akan tambah walaupun dia on diet.

4. Saya bersyukur kerana walaupun saya tak senonoh (emo, garang macam hantu, sengal) husband saya tak marah2 saya dan selalu cakap dengan saya dengan agak marah tapi tak menjerit.

5. Saya bersyukur kerana walaupun husband saya suka main facebook sampaikan balik ofis terus bukak laptop utk check facebook dan leka dengan facebook, dia tetap tolong sidaikan kain saya bile saya mintak.

6. Saya bersyukur walaupun saya selalu kate dia tak tolong saya buat kerja rumah, sebenarnye dia tolong tengokkan izz yang hebat kerana izz suka memanjat dan ini sangat bahaya.

7. Saya bersyukur kerana anak saya sentiasa mintak saya buat semua untuk dia, mandi, pakai pampers, pakai baju, pilihkan mainan, buat susu, tunggu buai dan bermacam lagi kerana ini menunjukkan dia sangat sayangkan saya.

8. Saya bersyukur anak saya amat ambil berat terhadap saya. Saya jatuh sofa kerana terlalu sempit ‘share baring sofa dengan dia’, tergeliat leher bila over stretch, terjatuh sikit, sakit tangan or etc, dia akan menangis dan marahkan benda2 yang buat saya sakit contohnya kerusi dan pintu.

9. Saya bersyukur kerana saya masih ada kerja

10. Saya bersyukur walaupun tahun lepas saya takde increment, saya masih teruskan hidup sampai 2010.

11. Saya bersyukur kerana saya berjaya buat kithen cabinet dan wallpaper tanpa hutang

12. Saya bersyukur kerana rumah saya walaupun agak tak kemas dan perabut tak terkini, saya masih ada rumah sendiri.

13. Saya bersyukur suami membeli motor baru kerana ini benar2 menjimatkan masa keopis dan masa balik rumah untuk mengajar izz balik taska.

14. Saya bersyukur kerana ibubapa saya mendidik saya supaya jangan meminta-minta.

15. Saya bersyukur kerana saya masih ada ibubapa yang masih boleh saya balas jasanya.

16. Saya bersyukur asik beradik saya yang 7 tidak ada yang tidak cukup makan.

17. Saya bersyukur kami 7 beradik tidak bergaduh sesame sendiri

18. Saya bersyukur kami 7 beradik menghormati satu sama lain walaupunkalau dengar perbualan kami macam along mintak hutang.

19. Saya bersyukur kami sihat walafiat.

20. Saya bersyukur mak dan abah hantar ke sekolah berasrama masa form 1.kalau tak sure saya main je kat sekolah.

21. Saya bersyukur saya dapat belajar di sekolah asrama dan menganali kawan2 yang hebat dan best.

22. Saya bersyukur dapat masuk USM dan belajar civil engineering dan grad dengan 3 pointer keatas.

23. Saya bersyukur bertemu kawan-kawan USM saya yang best juge.

24. Saya bersyukur kerana saya mempunyai boss yang agak memahami dan dapat menerima alasan2 saya seandainya saya lewat dan tak dapat menghadirkan diri untuk bekerja.

25. Saya bersyukur kerana saya mendapat laptop yang membolehkan saya balik on time dan sambung kerja selepas izz masuk tido.

26. Saya bersyukur kerja pertama saya amat mencabar dan pengalaman ini akan membuatkan saya menghadapi apa jua rintangan di tempat lain masa akan datang.

27. Saya bersyukur walaupun saya duduk bangi, saya tetap sampai office dalam tempoh 1 jam walaupun office saya di damansara.

28. Saya bersyukur dulu saya bersusah2 interview ke company ini walaupun saya naik bas 2 kali seminggu dari JB-KL untuk interview.

29. Saya bersyukur saya diberi peluang masuk English class yang ditawarkan syarikat saya kerana saya memang bongok gile English mase belaja dulu.

30. Saya bersyukur mase saye mula bekerja ramai orang tolong saya. Special gratitude to Norhafizah Marzuki, Zanarita Mutalib, Siti Rozaini Zakaria dan Vikneswaran.

31. Saya bersyukur kerana saya masih enjoy dengan kerja saya dan belom lagi mencari-cari kerja lain.

32. Saya bersyukur saya ada lessen memandu yang bukan lesen terbang

33. Saya bersyukur kerana mempunyai pengalaman melanggar signboard ditengah jalan kerana reverse terlalu laju membuatkan saya lebih berhati2 kini apabila memandu kereta yang agak panjang.

34. Saya bersyukur rumah saya berhadapan dengan rumah macik husband saya..bile kami balik lambat sangat anak saya telahpun selamat dirumahnya.

35. Saya bersyukur kerana mempunyai husband yang mempunyai tabi’at Zen bermula apabila membaca blog zen habit http://zenhabits.net/ . Dalam process mengandung ke-dua ini..en suami sangatlah berbeza.

36. Saya bersyukur Izz dapat belajar dengan sempurna di dua sekolah. Smart Caliph enrichment centre dan Taska Permata Bunda. Izz’s development sangatlah memberansangkan.

37. Saya bersyukur Izz sangat sayang bakal adik dia..Hari-hari dia akan cakap, peluk, cium and sayang adik dalam perut. Saya tau dia sangat-sangat excited nak dapat adik.

38. Saya bersyukur join bisnes Premium Beautiful..Walaupun progress agak slow sekarang..saya akan capai target saya soon selepas bersalin.

39. Saya bersyukur saya masih mampu berjalan, memandu, berfikir dengan waras, dan menggunakan akal dengan sempurna pada minggu ke 36 mengandung.

40. Saya bersyukur Talisman Malaysia cover untuk pregnancy dan maternity check up.

41. Etc

42. Etc.

Monday, January 17, 2011

Challenging Day

Gosshhh

Today is just too challenging day for me and this challenge really make me cry inside..

When I woke up this morning..I heard izz giggling and when i checked on him..he is playing with Buzz Lightyear Iphone...ooo btw, buzz lightyear is mr. hubby, myself is jesse and he is woody of course..penangan toy story..When i talk to his ayah..only then i know that they both haven't sleep since 4am. Izz temperature is unstable..ha had fever on and off since Friday.

it's Monday..It's meeting day and my son is not well. So what would you choose? I have responsibilities towards my job and of course i have bigger responsibility towards my son kan..? So which one will i choose? So I choose to bring my beloved to specialist first then i'll go to the office. Trust me at this point of time..i really hope i am a WAHM..i dont depend on others..i have my own precious time..and I can take care of my son..

I arrived office at 11.40am. lucky the paeds gave me time off ..my husband willingly take care of my son since i will have site visit to project office in the evening..syukur sangat for having such a wonderful husband and loving ayah like him...owh dear..if you read this..i love you soooo much...

When i was on my way to the site visit..hubby called and said izz condition is not stable yet..keep on vomiting..high temp and all..Can you imagine how would i feel at that time..I feel like flying back home there and then.but i just cant..of course I have to make sure the visit is a success..after handover with my colleague..i straight away fly back to Bangi..and we went back to the specialist..twice in a day! for me it's terrible. sumpah memang aku kelam kabut!

at this very moment..my precious is sleeping..his temp is okey and i  hope that he will be fine.no more viral fever..sihat walafiat and happy...sayang..mummy and ayah really loves u.we cried when we see u are in pain..Ya Allah..andai kau mahu menguji hambamu..kau ujilah aku..bukan si kecil yang tak tahu apa salahnya..Ya Allah kau peliharakanlah kesihatan anakku..

Sesungguhnya..hari ini benar benar membuat aku terfikir..sampai bila harus aku bahagikan perhatian aku pada anak dan kerja..berapa banyak masa yang telah aku berikan pada si kecil ini..i need to give him my 100% attention..I need to be WAHM soon..and that's why i have to have a business! Sorry..there's no turning back..the bridge is burned!

Wednesday, January 12, 2011

Happy New Year 2011

source : mr google




I believe it is still not too late to wish everyone Happy New Year 2011. Since today is only 12th Jan, at least I make myself available to write an enrty before 15th Jan..hehe.what an excuse kan...




15 days ago,


Celebration for this year..as usual I enjoyed the fireworks in front of TV...with my sister at my Kampung. Mr. Hubby was not around and me took an initiative to went back to my village together with 3year old boy while I am 22weeks preggy..huh. Mr Hubby as usual not convinced to allowed his beloved wife to drive alone but..it took some deep effort to make it happened..How do I do it??hehe let's that being a secret..only me, mr hubby and izz knew. . bahah




New Year Resolution


You know, people always have their own resolution for whatever reason they have..To be honest I always have my resolution just because people will ask me what is my new resolution/s is/are. (pity me right..) but forget about the past, this year, I have my resolution and I am working very hard to achieve it..I promise.. InsyaAllah..


So my 2011 resolutions are:


1. To start a business - I always wanted to have a part time business that can make me a WAHM. So..they it goes..I am now in the process of starting new business and once it is confirmed, this blog will be the medium of communication and advertising.. Not forgetting the facebook.. :D




2. To be a WAHM - WAHM is stand for Work at Home Mother.. probably this will take some time but I will work hard for it. No joke! This is all for the sake of family, kids and my own quality time :D




Updates


Soooo there goes my 2 resolutions. Working hard for it and really pray for the success. It is a right time for me to start the business. It is the right business that I am venturing on and this is the turning point. As Dr Azizan's said "Ilmu, Mentor, Sistem" will guarantee the successfullness of your business. I am truly convinced that the business that I ventured on, with the Ilmu, Mentor and Sistem that it offers..is a success. I have no other choice except for success :D




Btw, my little son now has started new schedule in his daily activities. I started sending him to Smart Caliph Child Enrichment Centre last 3rd Jan. The school starts at 6.45am till 3.30pm. Then the teacher will send him to his old taska. So far he really enjoyed the school and I am happy with the development..He now sleep very early since he has no time to nap during day time. He sleep soundly, no milk except before sleep and after woke up. compared to previously, he woke up like every 3 hours for milk.. but one thing i have to make sure, he did not skip his dinner. The smart caliph is using english medium as a communication medium and in less that a week he started to use whatever that he learn there such as..' I want some more'.. huh..kind of interesting for me..


One more important thing..it is very easy to wake him up in the morning..his motivation is 'teacher waiting for you at SmartCaliph". He never get cranky or cry or angry when I woke him up for the past 1 week ++. best best..Actually i would like to share some photo of izz during his first day at Smart Caliph and when he slept..but my lappy seems not very cooperative today.. :(




There's one more thing I wanna share with u guys..I start to sew again. I have this new project in mind and has started materialised it.. well what do I sew??


1. I continue sew the instant tudung. Actually learnt in back in Dec 2010 but i did not get the momentum to sew right away..so my M.I.A scarf project is abandoned until last weekend.. later i show you my first DIY M.I.A scarf..




2. Baby Set - I started with the old izz's baby mattress presented by my MIL. Will update soon but i started already cutting the material to make a baby pillow, baby bolster, baby mattress and maternity pillow..Owh..how I enjoyed sleeping with my own maternity pillow..if you want to know, maternity pillow is something like below..but mine is  C shape..and mine is using 'kekabu'..how comfortable my sleep is..   :D


source : google




There it goes for the first 2 weeks of 2011. Will keep everyone updated..will update more frequently..

Monday, October 18, 2010

carelessness ker.. ignorance ker?

nak kongsi cerita tentang satu perangai saya yang satu nie..dari kecil saya tak nafikan memang saya ni selalu careless, kalau saya pegang gelas..gelas selalunya end up pecah..paling minimum, air dalam gelas akan saya sepak...opss tersepak..

Saya selalu tertinggal barang..hampir setiap kali kalau saya balik kampung..(sebab saya duduk hostel sejak form 1)...pasti akan ada barang yang saya TERtinggal..sampai dah lali mak dengan abah saya akan kecuaian saya nie..sampai ada statement keluar..'tak taulah esok edah nie telepon rumah cakap barang apa agaknya tertinggal'. begitu sinonimnya saya dengan cuai, leka dan kelam kabut nie..sampaikan saya pun dah tak risau kalau barang yang saya tinggalkan tu hilang..

recently..kan saya ader citer nak g vacation kan..saya amik cuti 5 hari...Langkawi hentian saya..okey story langkawi lain cerita...saya sangat semangat nak g vacation.maklumlah first time tu izz nak naik aeroplane..and first time pegi vacation dengan my sis.so memang agak excited..huh. punyalah careless, kelam kabut tahap gaban minah nie..boleh tertinggal blackberry dalam cab yang hantar we all to lcct. can you imagine? saya terperasan after lebih 30 minutes. tuh pun sebab nak call en. meor.agak kalau tak call dia..mau dah sampai langkawi baru sedar hp takde kot..isk isk isk cuainya...and sangat bernasib baik kerana pakcik teksi tu..sangatlah jujur orangnya..tolong hantarkan blackberry tu ke rumah my aunty pulak.. agak2 kamu..senang tak nak jumpa manusia sejujur ini dizaman ini?susah kan..susah kan.. tapi yang peliknya..saya memang tak risau habis..rasa mcm rilex jer..macam taw yang blackberry selamat dimana jua...saya kena "sekolah" hampir sejam..en meor bengang tahap tak ingat menyampah dengan wifenya ini..aduss..memang sudah salahku..nasib baik my sis menenangkan en meor dengan ayat " dah la tu..kan memang ada spesies manusia yang mcm nie, selalu careless"
erk..masalahnya, betul ker? or saya adalah creature careless tahap gaban yang memang annoying gile..

pastukan..masa check in tu..saya boleh tak bawak izz punye birth cert. lupa okey..lupa lagik..apakah??? nasib baik ader surat mykid 'sementara' izz. aper..sementara?? yer..sebabnya.. my kid izz pun dah hilang juge... owh mummy...how can you be like that?
seriously..macammanalah aku nak ajar izz disiplin if the mother is the worst of all careless people in the world????

lagi satu case...tengok nie!

rasa-rasanya apa??taw tak i tertinggal wallet dalam drawer office over the weekend..sesuka hati driving without driving licence, ic, and all..nasib jer balik drawer tu ter tutup..dah la ade movers datang angkat barang on the weekend sebab we all nak pindah office..nie nasib baik en.meor tak tau..kalau dia tau..agak2 boleh kena sakit jantung kot dengan perangai wife dia nie...


saya tak taulah..saya betul2 pening..cemana cara nak buang kecuaian nie..anyone has any idea??? duh!



** p/s: anyway, i enjoyed the blackberryless moment during my vacay. am out of place... yee haaa

Tuesday, September 28, 2010

cerita basi..:D


Salam Lebaran semua.. :D Hari ni dah masuk hari ke-20 kite menyambut syawal yang penuh gembira and saye still tak share lagi cerita raya saya...sebabnya..alasan paling tak bleh blah adalah baru jumpa camera..bukan ape..kalau cerite jer..camera takde..tak bestlah kan..so,
delaylah sikit post raya sebab baru je jumpa camera malam tadi..tak tau mana letaknya, 2-3 malam lepas baru en meor jumpa kamera nie..

Cerita nombor satu

Hehe macam yang telah dihintkan awal2 dahulu..saye dapat berpuasa penuh tahun ni. Lama dah tak dapat puasa penuh..tetiba tahun nie dapat pulak puasa penuh.Alhamdulillah..
Patutlah puasa hari tu badan selalu masuk angin sampai tak boleh bergerak..rupa rupanya........satu syawal kali ini kami dikejutkan (tak terkejut sangat la..dah agak2 dah :D) dengan berita yang amat menceriakan Syawal kami..

nak tau???
saye bakal bertambah gumuk..
izz bakal mendapat kawan baru...
en meor pulak bakal bertambah tanggungjawab...
hehehehe....

nampak tak????


meh bagi lagi jelas
.
.
.
.

dah nampak???? hehehe positif tuh..
.
.
.


haa yang ini lagi clear..

Memang jelas.. Positif Alhamdulillah...
.
.

kami benar-benar bersyukur dengan rahmat yang diberi..kalau ikutkan pengiraan sendiri yang tak berapa accurate, insyaAllah 'adik' akan dilahirkan pada May 2011. Harap-harapnya boleh sama dengan birthday ayah..ayah kan 06 May.

Disebabkan tengah mood raya, we all decided to go to clinic for confirmation after cuti raya...tapi, ini pun dah cukup happy..kena lebih berhati-hati agar tak terjadi seperti yang kedua...especially at this first trimester,kena jaga movement and tak boleh angkat brg2 berat. especially my beloved boy, izz dobok yang baru-baru ini ditimbang dan menunjukkan angka 15. wow!



Psst: orang kat opis cuma 2-3 orang je tau nie.bukan saya tak nak bagitahu..saje je nak buat mcm biasa.lagipun memang Alhamdulillah kalau preggy memang tak ada banyak masalah..harapnya yang kali ni pun macam tu juge..

Cerita nombor 2

We had a great hari raya celebration..at our very own 'home sweet home' lalllaal
oh yea..this year is en meor turn. so we all akan menyambut first raya bersama keluarga belah en meor. paling best semua orang agree nak sambut dekat rumah kami di taman tropika..

masak - masak dimulakan pada hari khamis..
menu yang simple je..nasi impit dan kuah kacang ayam resepi perak/sabak bernam..
so tak banyaklah yang nak disediakan..tapi rugi betul, seketui gambar pun takde untuk story mory pasal masak-masak.

family picture..semua pun happy..aik but where is en.meor??

ha..lengkap..perfect..
especially dengan curtain baru yang home made..walaupun curtain tu tak nampak sampai atas.. walaupun agak panjang sikit... puas hati!
hehe ade cerita cute masa mengukur panjang curtain nie..

our family with my MIL.
izz moody sikit masa nie..merajuk ape ntah


family kak lily and mama..

our small family dan bakal tambah seorang lagi.. :D
gambar at mak long's house


kembar lain tahun.



izz with papa

izz with mama lily

izz cute giler...


izz lagi
.
.

dan lagi....
aik nampak mummy tengah bersiap pulak...

sha and iman..


mama and mak long


mama and nafis (en. meor's bro)

mama and tika (en. meor's sis)

the three stooges..

we celebrated raya at Taman Tropika and went to mak long's place @ Puchong. We then go for raya another 6 houses conquering, ampang - auntie norsyam's house, Klang - tok yah, tok chik, ami berahim and mak yon(kawan mama) house.

we then lead to muar my hometown on the first raya night and reach home at about 12pm..en meor kata dia mengantok..takut nak drive laju2..

The 2nd raya, we conquered another 7 houses at mak and abah's kampung. Seri Medan..sempat jugak lalu kampung Arwah Datuk Sosilawati Lawiya..masa nie kes tengah hot..but tak dapatlah tengok mana satu rumahnya..excited...lalu kampung pun jadi lahh...

The 3rd raya, we went to muo and serang rumah mak ngah, radziah and tok mak..
izz makan tak hengat kat rumah tok ngah dia..sedap sangat bihun goreng yang mak long Ery dia masakkan..sampai muntah2 makan..hahahaha

we then spent almost 2 hours at Radz's house. Radz nie my bff. we all known each other since form 1 dekat sekolah yang memang the very the best..Sekolah Menengah (P) Sultan Abu Bakar, Muao. Kalau memang orang muo, sekolah nie famous denga nama SAB. cakap je sek SAB, sure orang taw sekolah aper..Banyak sweet, sour, bitter, smelly and nice memories yang tak dapat dilupakan dekat sekolah nie. we all once fight with each other and didn't talk for long time..but once we clarify everything, we became a very good friend..and langsung tak penah gaduh...:D :D

Radz mom house is a very clam and welcoming house I'd say.manakan tidak..izz masuk2 and buat mcm rumah atok dia sendiri..poo poo.. shower..played and sempat mengacau tongkat radz's atok..memang mcm rumah sendiri. Rifhan (radz's baby) pun memang cute sangat..muka bulatss and very smart boy...

That night, kami tido dekat rumah tok mak. sampai rumah tokmak pukul 9pm.takkan nak balik pulak..tok mak pun dah sibuk nak keluar..ade kenduri kahwin rumah sedara..ingatkan nak tunggu tok mak balik, sudahnya tok mak balik kul 12, kami bertiga dah terbongkang dah..hahhaha

The 4th raya, kami sepatutnya balik ke Taman Tropika .but coz dah janji dengan abah, kena ikut pegi beraya ke Felda Pemanis dulu before balik ke Bangi..So dipendekkan cerita, kami ke felda pemanis about 11.00am and reach there about 12.00pm. makan and solat and mintak maaf semua, lebih kurang pukul 2.30 bertolak ke Bangi, Taman Tropika. Kami tak lalu jalan biasa (PLUS), kami lalu laluan segamat-gemas-tampin-seremban-kajang through LEKAS. nampak mcm jauh tapi okey jer..jalan pun rilex jer..tak banyak kereta..tak jammed langsung. syiok giler..

paling best, we found this...
..
..
..
..
..
Bongek


sungguh tak kusangka ader tempat bernama bongek.memang selalu saye sebut bongek..untuk membongokkan orang.. hehehe..

Okeylah.. panjang gila entry.2 hari tulis pun tak publish2.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan saye yang tak disengajakan..
Ampun dan maaf dipinta..
semoga semua ceria selalu..

:D :D

Assalamualaikum