Showing posts with label everyday. Show all posts
Showing posts with label everyday. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Raya versi edah

Salam semua..

Hari ni nak bagitahu, semalam saya dah completekan mengganti puasa tahun lepas.Kira macam dah raya lah... :D :D

Sangat seronok kerana dalam banyak2 hari, semalam adalah hari mencabar sepanjang berpuasa kerana bermeeting di uoa bangsar dari jam 9 pagi sampai ke 3 ptg...ketika orang lain menikmati pizza didalam meeting room, saya terpaksa mengexcusekan diri keluar bilik.. :(.dugaan...walaupun orang lain dah lama habis mengganti, saya tetap seronok jugak..it's an achievement okey to complete 15 days fasting in other month than Ramadhan Al Mubarak. :D

Lagi beberapa hari saja Ramadhan bakal menjelma...Harapnya ramadhan kali ini dapatlah melaksanakan ibadat dengan sebaiknya..

Rindu sungguh nak bertarawih di masjid..dah 2 tahun saya tak dapat bertarawih di masjid..bukannya apa..si debab izz takde siapa yang nak jaga..harapnya setelah dia berumur 2 tahun 6 bulan nie..dapatlah mummy bertarawih di masjid..

Akan berusaha untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran sehingga khatam disepanjang Ramadhan ini..

Berusaha untuk bangun sahur setiap hari wlaupun dengan sebiji kurma sahaja.

Berusaha untuk masak setiap hari dibulan Ramadhan ini. biarlah ia sesimple menggoreng telor sekalipun.. :D at least dapatlah memasak untuk en meor and izz..takpe2 liya kan ader..liya boleh tolong beli lauk tambahan.. :D :D

InsyaAllah..saya cuba melakukan terbaik untuk Ramadhan 2010. Doakan saya ya..

Apa plan ramadhan korang??

gambar ikhsan google

Wednesday, February 10, 2010

keletihan dan hari lahir


edah sedang melalui saat saat yang meletihkan didalam alam pekerjaan.
edah sedang melalui saat mengantuk tahap gaban di kubikel kecilnya.
edah keletihan kerana diberikan tugasan untuk mengalih bahasa Portuguese ke Bahasa Inggeris dengan bantuan google translator dan kerja ini baru dapat dibereskan selepas 5 hari!! erk lembap kamu edah..shhhh bukan lembaplah, teliti dalam menjalankan tugas untuk kualiti. hehehe


ye sekiranya tak faham dengan cerita di atas, edah baru sahaja melepasi cabaran pertama apabila tender for ****rail project at ***aus officially out last Thurday dan documen itu telak ditulis dalam bahasa portugis. Tidak dapat difahami, tidak dapat dibaca. Cuma dapat dibelek dan dicongak2 apakah maksud yang cuba disampaikan. kerana itu, kerja translate dimulakan. hahaha. okey lupakan portuguese translation, mari belajar bahasa portuguese
one (um)
two (dois)
three (trez)
four (***tak ingat)
five (vindo)
Authority (Orgao)
okey cukup! disambung pada entry lain pula. wahaha



tapikan, sebenarnya keletihan ini membuatkan edah merasakan bahawa, tiada yang mudah dalam dunia ini. semua yang kita kehendaki mestilah kita berusaha untuk mencapainya dengan serius.


contohnya apabila telah berjanji dengan anak yang bakal berusia 2 tahun untuk pergi melawat ikan di aquaria pada birthdaynya dan tidak dapat dilaksanakn atas sebab tak dapat dielakkan.
dan apabila anak itu walaupun baru sahaja mencapai usia 2 tahun sudah mula mengungkit , happy birthday..tengok fish (Dush..satu tumbukan di muka edah kerana tidak menunaikan janji pada anak itu dan dush..dush.. tumbukan itu berulang lagi). jadi untuk mengelakkan kejadian berulang, mummy dan ayah telah membawa anak ke aquaria pada 8 feb.





dan anak itu sungguh gembira...
dan ibubapa juga sungguh relieve kerana janji tertunai..
dan anak dan ibu membongkang kerana keletihan selepas parti harijadi di sekolah dan aquaria all in a day.
dan sangat gembira!!!
izz sedang kusyuk yer


izz minta kawan2 nyanyi happy b'day song instead of Allah selamatkan Kamu











Tuesday, January 26, 2010

hidung tinggi


Orang kata, anak mami ber hidung tinggi. adakah sebab hidung mereka agak mancung dan terletak tinggi di tengah muka berbanding hidung orang melayu yang hidung yang seperti pelepah kelapa..(tapi kenapa mat salleh tu kite tak panggil hidung tinggi ek) ataukah kerana sebab lain..saya tak tau.. Okey, prolog yang tiada kaitan ye.

I have 10,000 emails as a prove. I can give you all the emails. When do you want it? I will give you everything.

Wow..mendengar statement ini, saya benar benar malu.(Malulah kalau satu floor dengar orang ni cakap dengan kuatny) bukan kerana saya yang menuturkannya, tapi kerana saya bekerja dibawah orang yang menuturkannya dan kata kata ini dituturkan kepada juruaudit dalaman yang melakukan kerja-kerja audit untuk syakirat saya bekerja sebelum kami diaudit oleh juruaudit luaran.

kebelakangan ini saya memang tak senang duduk.tak sedap hati kerana semua orang keseliling saya kurang senang dengan ketua saya disebabkan beliau agak tinggi hidungnya. tak sedap hati kerana saya berada dikalangan mereka dan saya juga terpaksa mendengar arahan ketua saya.

Jadi, apa yang saya boleh buat? paling kuat saya katakan kepada diri sendiri, dont get involve with all these politics. Dont talk about this and dont bother about others.As long as you do your job, complete your task, finish you goal, you're done. Ambil yang jernih dan buang yang keruh.Takutnya saya andai saya yang dibenci oleh mereka-mereka itu.

Moga saya dijauhkan dari sifat berhidung tinggi..
Moga saya dijauhkan dari sifat memburukkan orang lain..
Moga saya mampu membezakan yang baik dan buruk..
Moga saya mampu melakukan yang terbaik untuk diri saya dan juga keluarga..

Amin...

Okey..cukup cukup cerita pasal perkara negatif..mesti lebih positif hari2 dan saya mau hidangkan ini untuk penutupan..
anak kesayangan mummy