Tuesday, August 24, 2010

jahit jangan tak jahit..

2 bulan lepas, saya dengan tidak semena-mena membeli mesin jahit di kedai lsn.mesin yan dibeli adalah jenama brothers NV30. saya tiba-tiba je berperasaan untuk membeli mesin jahit. Dengan harapan dapat menjahit sendiri baju, kain langsir, tudung dan sewaktu dengannya..Hehe minat menjahit memang dah lama tapi bak kata orang tu..takde drive untuk kearah itu.Kadang2 saya memberi diri sendiri alasan yang tak ada mesin jahitlah..tak ada masa.. tak ada itu, tak ada ini..hehe common 'pulau alasan' yang manusia create kan.. :D

Saya macam tu lah..mula mula cakap tak ada mesin..macammana nak jahit..bila dah beli mesin, dekat sebulan mesin tu tersadai dekat atas meja.jangan cakap nak menjahit, bukak kotak pun tidak..teruk kan..manalah en hubby tak marah..(ok boleh imagine sendiri mcmana kena marah dengan suami)Hehehehe

selepas sakit telinga kena sekolah dengan en hubby, saya pun bukalah kotak mesin tu..bukak kotak jer..tak mula pun jahit..kali ape pulak???kali ni pulau alasan kata "takde benanglah pulak". Hmmmm sigh :(

Berkat mak dan abah datang melawat...dekat 2 minggu jugaklah lepas buka kotak, baru saye membeli benang...hehe..sebenarnye mengambil peluang sementara mak ada kat rumah...nak ajak mak menjahit..hehe jahit ape? oohhh saye ade kain langsir lama masa kawen yang sangan panjang..dulu kain tu digunakan untuk cover dinding dalam bilik mempelai..hehe daripada kain langsir tu tak terpakai..saya jahit dua lapis ke bahagian dalam untuk menjadikannya lebih pendek..hehe boleh guna untuk jadi langsir tingkap saya..hehehehe recycle...tak membazir..membazir kan amalan syaitan.. hehe (tapi nak bgtau satu rahsia, ade 5 helai kain tu..saya jahit satu jer..lagi 4 mak yang jahit..bahahahahah)


Berkat bulan Ramadan pulak..ahad lepas masa otw dr kampung ke bangi..saya singgah tangkak..hehe beli langsir baru untuk tingkap...tingkap jer dulu sebab sliding door ingat nak carik2 idea dulu..(hehe mlm td masa pegi beli benang utk langsir baru..dah dapat idea utk sliding door kat kedai langsir tu..hehe ciplak idea kedai langsir sket...)

dan.......................pagi tadi lepas sahur..Alhamdulilah bermula secara resminya aktiviti menjahit lansir raya saya.. :D :D :D.... suke suke suke..

Friday, August 20, 2010

10 Ramadhan

Alhamdulillah..hari ini genap sepuluh hari umat islam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulia ini.So far Alhamdulillah, me masih lagi dapat berpuasa penuh. and alhamdulillah, 70% dari 10 hari ini me berjaya masak untuk berbuka.. hehe achievement nie..Kalau bulan biasa nak masak sendiri untuk dinner punyalah M..alhamdulilah bulan puasa nie, berkat 'dorongan' dari en suami, berjaya juga memasak. :)

Tapi dont expect saya akan masak berbilang2 lauk.setakat nie, paling banyak pun 2 lauk sahaja sehari..itu pun dah kelam kabut..bayangkan keluar office kul 4.30(jarang2 dpt keluar jam 4.30 nie). Dari office ke Bangi sampai bangi pukul 6.00pm dan baru mula nak masak.satu jam setengah (paling lama masa yang ada) nak berperang kat dapur sorang2, memang mencabar kekuatan dan menyakitkan pinggang. hehehhe Tapi takpelah kerana permintaan en suami yang tak mahu makan makanan luar..saya turuti jua..

Ramadan ini, satu pencapaian bagi saya kerana sudah 10 Ramadhan dan saya masih berpeluang ke Bazar Ramadhan.. :)

Tapi...semalam en hubby dah terbang..menjalankan tanggungjawab di lautan..adakah akan terus bermotivasi untuk memasak untuk berbuka? 'dorongan' saya tidak ada dirumah buat beberapa hari..teruskah saya memasak???

Hehehehe kita tengoklah nanti.


Thursday, July 29, 2010

Raya versi edah

Salam semua..

Hari ni nak bagitahu, semalam saya dah completekan mengganti puasa tahun lepas.Kira macam dah raya lah... :D :D

Sangat seronok kerana dalam banyak2 hari, semalam adalah hari mencabar sepanjang berpuasa kerana bermeeting di uoa bangsar dari jam 9 pagi sampai ke 3 ptg...ketika orang lain menikmati pizza didalam meeting room, saya terpaksa mengexcusekan diri keluar bilik.. :(.dugaan...walaupun orang lain dah lama habis mengganti, saya tetap seronok jugak..it's an achievement okey to complete 15 days fasting in other month than Ramadhan Al Mubarak. :D

Lagi beberapa hari saja Ramadhan bakal menjelma...Harapnya ramadhan kali ini dapatlah melaksanakan ibadat dengan sebaiknya..

Rindu sungguh nak bertarawih di masjid..dah 2 tahun saya tak dapat bertarawih di masjid..bukannya apa..si debab izz takde siapa yang nak jaga..harapnya setelah dia berumur 2 tahun 6 bulan nie..dapatlah mummy bertarawih di masjid..

Akan berusaha untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran sehingga khatam disepanjang Ramadhan ini..

Berusaha untuk bangun sahur setiap hari wlaupun dengan sebiji kurma sahaja.

Berusaha untuk masak setiap hari dibulan Ramadhan ini. biarlah ia sesimple menggoreng telor sekalipun.. :D at least dapatlah memasak untuk en meor and izz..takpe2 liya kan ader..liya boleh tolong beli lauk tambahan.. :D :D

InsyaAllah..saya cuba melakukan terbaik untuk Ramadhan 2010. Doakan saya ya..

Apa plan ramadhan korang??

gambar ikhsan google

Tuesday, July 27, 2010

nisfu sya'aban

Alhamdulillah..hari ini dapat saya berpuasa. Ada dua puasa, satu adalah nisfu sya'aban dan yang satu lagi puasa ganti :D hehe malu jer nak mengaku baru nak ganti..tapi so far Alhamdulillah.hari ni hari ke 14 out of 15. so maknanya tinggal sehari je untuk mengganti puasa..

sebenarnya apa nisfu sya'ban yer?sejujurnya, dengan ilmu agama saya yang maha cetek nie..saya terpaksa meng'wiki' untuk mendapatkan serba ringkas maknanya.

Apakah dia?

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

semoga puasa saya hari ini diberkati dan diterima Allah s.w.t.. Aminn

Monday, July 26, 2010

sibuk dan sangat sibuk

Assalamualaikum...

sunyinya blog saye..lama betul tak tulis blog..ada kawan beritahu saya..'tunggulah sampai kau ketagih menulis dekat blog..memang hari hari kau tulis blog'. hehe benarkah begitu?pada saya itu terpulang kepada diri sendiri.setakat 6 bulan saya mula berjinak dengan blog, belum lagi perasaan ketagihan tu datang..(hehe pakai ayat ketagihan pulak, mcm d*d*H...owh yer, baru jer dengar berita ade artis kena tangkap sebab benda tu..iskk..eh tetiba pulak ko edah...)

sebenarnye last 2 weeks memang sibuk sangat dekat opis.biasalah kalau nak submit tender kan..mesti sibuk.mesti macam masa tu tak cukup..mesti macam nak kena stay back hari hari..pastu mesti rasa mcm eh, kenape diorang ni submit macam nie..eh nape tak ikut format..format kan dah bagi..eh, nape dia bagi dlm pdf. macammana nak edit..eh..eh..ehh dan bermacam eh.tapikan..paling sedihnya kali nie..semua eh eh eh kena buat seorang..kawan baik yang selama nie bersama2 menghadapi eh disaat akhir..dah tiada disisi...takde disisi ek..bukan takde dimuka bumi ini..dia yang saya maksudkan tu..tengah duk mencari pengalaman yang amat berharga untuk masa depannya..sedang amat bersedih mengharung kehidupan seorang di seberang laut tanpa anak dan isterinya. Memang saya sedih dia tak ada..tapi saya tahu..ada sebab dia memilih untuk berjaya! saya amat pasti....saya pun pasti dia baca ini dengan semangat yang pastinya lebih membara..Good Luck my friend... ok ok takmo sedih..saya tau anda kuat!saya pun kuat jugak tau, proposal saya siap walaupun saya balik lambat setiap malam..and incik suami merajuk dengan saya.. hahahha

dan..sebab itulah, pada weekendnya, saya menunggang honda saya bersama izz dan ayahnye ke Kulim.meraikan majlis perkahwinan anak kepada sahabat baik suami saya..gambar tak dapat upload sebab lupa nak amik..mana nak amik, kenduri kawin tu..dia orang jamu nasi minyak, laksa, soto, pulut durian..cempedak goreng....mak aiihh.mana tak lupoo nak bergambo. sedap gila!
lepas tu..kami sambung perjalanan ke Pulau Mutiara..Inilah first time izz naik jambatan penang..dia tak tau dulu mummy dia masa blajaq, dok ukuq jambatan saja..(heh tetibe pulak cakap utara..hang pasai apa???). Kami tidur dekat Batu Feringghi...kami memang suka pakai hentam aje..takde pun book hotel ke ape ke..pakai hentam ajer..tetiba pulak dah sampai Feringghi baru tau yang sekarang peak season untuk pelancong dari middle east..hotel fully booked!! tinggal yang RM800 ke atas saja..isk..mahal gile! dahla nak duduk semalam jer..akhirnya..setelah bertanya di semua kaunter hotel, dapatlah kami duduk di HOTEL HYDRO..nama memang tak boleh blah!..tapi okeyla facilities pun okey.. tak okey amendenye..cuba tengok 2 orang nie!




Yang si kecik asikla nak mandi pool.yang ayahnye asikla nak duduk dlm bilik hotel. aduss..pening kepala nak melayan..apepun, dalam masa yang cukup singkat, dapat jugaklah kami membawa izz berkenalan dengan rama-rama. kami pi butterfly garden semata-mata nak tunjuk izz butterfly yang dia asik menyanyi..as expected, dia menyanyi lagu butterfly sekuat hati bila nampak semua rama-rama tu. rugi tak amik video! paling klakar bila ada budak arab sebesar budak form 5 menangis sakan nampak butterfly sebab takut and izz menyanyi suka hati.

kami membeli sedikit buah pala and asam bagai kat Jalan Penang. Sempat jugak pekena nasi kandaq kat restoran hamidiyah...sedap...hmm balik tu, terjadi peristiwa yang tak berapa best..tayar pancit di tepi highway..dekat2 exit juru kot...nasib baik masih awal dan terang benderang..bersyukur ada PLUS ronda yang datang membantu kami..cuak weh..tak penah terjadi perkara sebegini.balik ke kl dengan tyre spare..6.30pm bertolak..8.30 pm dah sampai Jalan Duta Toll. gile laju en meor bawak!

oh ye, sempat tunjuk izz pintu pagar USM kejuruteraan jer.tak dapat nak singgah sebab dah petang sangat.dapat amik ambar dari dlm kereta je! :(



* kampus dah bertambah hijau..tengok pokok2 dah besar2..bilalah saya ada peluang berjalan dengan proper..nantilah..akan kujejak kampus ku..sangat emosional bila nampak pintu masuk ini..

Tuesday, July 6, 2010

Where Am I gone to???

salam.. kalau ditengok pada tajuknye..memangla terang lagi bersuluh nak bagi excuse kemana telah ku pergi membawa hati tanpa jejak selama lebih sebulan. cemburu benar bile memikirkan kenapa angot and apid boleh update blog selalu. ala sebenarnya mereka - mereka blogger tegar nie..semuanya hidup tanpa alasan dan juga penuh dengan action..bukan macam saye..hua hua

Cakap pasal hidup tanpa alasan dan juga full of action, haa nak bagitau yang last weekend, dalam keadaan kaki dan badan yang kesakitan akibat bermain bola jaring pada pagi sabtu, saya berjaya menghadirkan diri ke seminar hidup luar biasa, by Dr. Azizan Osman at Wisma MCA. Pada saya, memang seminar ni berbeza dari yang biasa dan memang memberikan banyak impak positif bagi diri saya. betul..tak tipu..Sudahla ini mini seminar terakhir yang akan dikelolakan sendiri oleh Dr. Azizan, memang rasa bertuah sangat coz I made a right decision to follow mr hubby. Memang suka cara doktor control audience dan memang hebat teknik yang dia perkenalkan. tapi memanglah namanya mini seminar kan..makanya bukanlah semua rahsia dan teknik2 kita boleh tau..kenalah pergi the secnd level of the course..which I have registered :D. 30 July sampai 1 August..applied leave already.... :D

Seminar hidup luar biasa ini adalah untuk individu2 seperti saya yang mahukan hidup luar biasa..yang mahukan hidup kaya dan berjaya..tanpa lupa pada jalan Allah...itu yang benar...oh lupe nak bagitau..salam seminar ni, untung kerana dapat dengan 3 orang bercakap.saperkah???
1.Dr. Azizan Osman himself
2.Pak Habib..yer Syed Hussian Al Attas tuh..the killer writer tuh..and handsome some more(jgn bgtau mr husband k.nanti dia rasa terancam..)
3.Billi Lim..yer yang menulis buku mengenai kegagalan tuh..(serius dia lawak okey!)

Doakan saya mendapat keberkatan kawan2..excited selepas mendengar mereka2 semua bercakap.. juga membuatkan saya berasa akan cuba untuk menulis dengan lebih kerap.

Saya kaya dan berjaya!

p/s:takde gambar sbb berry power drained..selepas saya tak membawa buku dan pen dan menulis nota kuliah dengan blackberry..sigh.. isk edah kamu nie!!!!

Monday, May 10, 2010

Birthday at Mumbai Land

The feeling is indescribable...This rich land has provide me a good food(good food penting ye sebab kalau nak kerja keras, kena makan banyak..hehe), a very valuable experience and promise me much more challenges to face..Owh..how I truly enjoy mumbailand..in the sense of work only ya..I miss my son and hubby sooooo much..



We had a simple surprise birthday party for ayah. With big ball and MU logo, ayah and izz love it soooo much. credit to kak niza


This lil prince of mine loves to take photo but he dont know how to use it properly..yet.. so after trying so many times, but the output is ..well,you know how it's look like..finally he give up..
'mummy ambik gambar izz' .. haha..i ask him to smile..so fake...

Intercontinental Lalit, Mumbai at night

3 rooms apartment no 7501. I stayed with Ms Lina and her husband.

Schedule was tough for the next 3 days after arrive. I went to site office, casting yard, the new project so called alignment at the other part of India..Challenging yet truly worth it!

One fine sunny sunday, my best friend, fadzil brought me for SHOPPING and sight seeing..(can you see the bold shopping there?)

In front of Gateway of India

Located on the waterfront in Apollo Bunder area in South Mumbai, the Gateway is a basalt arch 26 metres (85 ft) high. It was a crude jetty used by fisher folks and was later renovated and used as a landing place for British governors and other distinguished personages. In earlier times, the Gateway was the monument that visitors arriving by boat would have first seen in the city of Bombay-Credit to wikipedia



Background is Taj Hotel. The hotel where the terrorist bombing attacked mumbai on 26 November 2008, I think 2 days before the Mumbai Monorail Groundbreaking Ceremony.


Pigeons everywhere..Izz will love this..


Sitting in front of Taj Hotel for a while. My best friend, caretaker, brother is taking care of me.. :)

That's all for now, will update more when i have more stories to tell.well actually I have, just that time is so jealous with me.. hahaha

It's not a celebration, it's not a huge party, it's a blessing and wishes from my beloved hubby and son, and a late dinner with Fadzil at Pohwai. That's how I celebrate my birthday..not forgetting facebook.everybody now remember today is the day I turned 27th.
cheers everyone :)