Tuesday, July 27, 2010

nisfu sya'aban

Alhamdulillah..hari ini dapat saya berpuasa. Ada dua puasa, satu adalah nisfu sya'aban dan yang satu lagi puasa ganti :D hehe malu jer nak mengaku baru nak ganti..tapi so far Alhamdulillah.hari ni hari ke 14 out of 15. so maknanya tinggal sehari je untuk mengganti puasa..

sebenarnya apa nisfu sya'ban yer?sejujurnya, dengan ilmu agama saya yang maha cetek nie..saya terpaksa meng'wiki' untuk mendapatkan serba ringkas maknanya.

Apakah dia?

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

semoga puasa saya hari ini diberkati dan diterima Allah s.w.t.. Aminn

1 comment:

  1. Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

    ReplyDelete